Budak Nakal Tahap Melampau

•August 10, 2007 • Leave a Comment

Assalammualaikum………

Aku nak cerita tentang seorang budak yang bersikap kurang ajar tahap melampau. Cerita ni dah lama juga tapi disebabkan internet aku yang tak boleh nak access…so, aku tak dapat nak create kat blog awal-awal.

 

Aku memang rasa geram gila dengan budak ni dan aku tak akan lupakan peristiwa ni sampai bila-bila. Walaupun budak ni kecil(dah masuk sekolah rendah la….tapi aku tak tau darjah berapa) tapi kurang ajar dia tak dapat aku nak jangkakan.

 

Ceritanyer macam ni…parent budak ni adalah  kawan mama aku. So, that day diorang datang rumah aku sesaja la nak melawat / menziarah. Aku memang tak suka dengan budak ni since dia kecil lagi. Sebab dia ni boleh dikategorikan sebagai ‘spoil brat’ coz manja nak mampos. So, masa time nak balik tu…kitorang satu family pergilah hantar diorang balik kat larkin. Masa nak naik kereta naza ria kitorang tu….dalam kereta tu terpaksalah kena sempit sikit coz terlalu ramai. Sit belakang yang muat tiga orang jer terpaksa disumbat dengan empat orang. Jadi yang sepatutnya duduk belakang dua orang adik aku, hubby aku termasuk aku sekali….tapi budak kecik yang terlebih ajar tu tiba-tiba jer menyibuk duduk belakang. Pastu bila kitorang bising suruh dia duduk depan…boleh-boleh dia tak nak pastu buat muka suey dia tu…macam nak kena penampor jerk. At last hubby aku terpaksa mengalah and duduk sebelah bapak budak kecik tu…Seat yang untuk sorang terpaksa di share dua orang.

 

Aku memang dah naik angin daripada budak tu kat rumah lagi…tapi masih bersabar jugak. On the way nak hantar diorang balik…baba aku ajaklah diorang satu family makan. Lepas habis makan aku dengan adik-adik aku dan hubby aku lari lah cepat-cepat untuk masuk kereta…supaya budak tu tak dapat duduk belakang…tapi mak aku pulak buka lock kereta lambat jadi terpaksa lah menghadapi masalah yang sama. Mak bapak dia pun satu bukan nak paksa anak dia duduk atas pangku diorang…ni buat bodoh jer..tak tau ke anak dia dah menyusahkan orang. hishhhhh……..

 

Masa adik aku nak tahan budak tu dari naik kereta cepat…dia siap gigit tangan adik aku lagi. Pastu….aku pun naik la dulu kereta dan diikuti budak(dot..dot..dot) tu…masa hubby aku nak naik…aku tolak lah dia sikit ke tepi sebab hubby aku tak muat..pastu dia boleh nak mengamuk and pukul-pukul aku…tumbuk aku banyak kali…aku pun apa lagi..aku jerit lah “sakit la” kat dia pastu dia masih tak berhenti. Terpaksalah aku tahan tangan dia…bila aku pegang tangan dia kuat-kuat sampai dia tak leh nak pukul…dia gigit tangan aku pulak…aku pun lagi lah terus naik anginla…dari boleh nak bersabar tadi aku pun terus cakap dengan dia “ingat kau aje boleh gigit”…then aku pun gigit lah tangan dia. Wah…lepas tu dia makin menjadi-jadi…then aku pun stop….adik aku yang duduk sebelah dia pun tahan-tahan tangan dia…lama-lama dia dah penat agaknyer…dia pun berhenti dan terus senyap.

 

Yang aku tak boleh lupa…dah dalam dia duduk diam lepas penat memukul-mukul orang…beberapa minit lepas tu dia pandang muka aku pastu dia ludah kat muka aku. Perghhhhh…punya la kurang ajar…aku pun tak leh nak kata apa. Kalau ikutkan hati memang aku dah lempang tapi nasib baik kenal mak bapak dia…aku terpaksa la diamkan diri. Bapak dia yang dengar anak dia meludah tu Cuma mampu menjerit nama anaknya sekali pastu terus buat bodoh jugak.

 

Perghhhh…memang tak leh nak handle…seumur hidup aku tak pernah jumpa budak sekurang ajar macam tu. Ni dah kurang ajar tahap paling maksimum lah aku rasa. Yang lebih menyakitkan hati lagi mama aku boleh pulak sound aku kenapa…cari gaduh dengan budak tu pastu..dia kata kalau nak marah pun buat cara psikologi. Takder maknernyer!!!!!!!!!!!

 

Memang aku tak akan layan budak gile tu sampai bila-bila!

Best Nyerrr….. Jadi Isteri

•August 10, 2007 • 1 Comment

Hi guys and gurls,

Kali ni aku rasa macam nak share sesuatu yang berguna untuk semua la k. Masa aku menaipkan post ni aku tengah kat tempat kerja baru. Tengah time rehat la…tak mangulor ok.

 

Sebenarnya lah kan…untuk sesiapa yang masih single dan muda yang rasanya terfikir nak kahwin awal tu….aku nak kongsi experience aku menjadi isteri di usia muda di zaman teknologi ni.

 

Kahwin muda memang seronok…bagi orang yang mementingkan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan…kalau bagi orang yang tak kisah..bukan muhrim pun bagi dia halal untuk pegang, peluk, cium dan sebagainya..tak tahu la kan. Tapi memang seronok sebabnya kita akan rasa bebas dari maksiat…dah kurang dah sikit dosa…pastu dah bebas nak buat apa sahaja dengan orang yang kita sayang dan cinta…so, bila kita dah bebas buat apa sahaja…banyak sangat perkara yang kita boleh buat untuk yang tersayang contohnya masak untuk dia…buat air…urut…buat sarapan…gosokkan baju dan lain-lain lagi.

 


Ada orang yang anggap perkara-perkara macam ni menyusahkan..tak adil..sebab perempuan jer yang kena buat semua tu padahal perempuan sekarang pun dah kena bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga tapi bagi aku pulak benda-benda remeh macam tu bila kita buat dengan hati yang ikhlas…kita akan rasa seronok walaupun kena bangun 5.30 sebabnye semata-mata nak masak untuk suami. Kita akan lagi seronok buat perkara-perkara macam ni bila kita dapat tahu ganjaran yang diberikan ALLAH bila kita berbakti pada suami macam kita berbakti pada parents kita jugak la…jadi untuk yang dah ada suami boleh kumpul banyak lagi pahala sebab boleh berbakti pada ibu bapa dan juga suami. Betul tak?????

 

Jadi bila dah kahwin tu…banyak kan lah dengar ceramah dan motivasi agama supaya lebih berpengetahuan sebabnya…kadang-kadang nak bergantung ibu bapa kita sahaja pun tak boleh jugak coz ibu bapa ni banyak bergantung kepada pengalaman yang diorang lalui jer tapi kalau pakar-pakar ceramah dan motivasi ni..diorang dah belajar tentang kehidupan ni…sebab tu diorang digelar pakar.

 

Akhir kata…jangan asyik nak merungut jer (kadang2 aku pun merungut jugak…hehehee…biasalah manusia biasa) fikirkan lah pasal ganjaran yang bakal kita dapat di akhirat kelak k.

HAAIIIIII!!!!!

•August 10, 2007 • Leave a Comment

Wah sejak dah kerja ni rasa macam dah lama tak update blog (ceh! padahal baru masuk kerja tak sampai seminggu pun) hehehehee….. anyway…kerja aku buat masa sekarang tak berapa nak interesting la coz maklumlah baru jer masuk kerja tak sampai seminggu pun. Memang kerja tak banyak…tu yang boring jugak la buat masa sekarang ni…tapi ramai orang cakap bahangian account ni memang mula-mula takder kerja….tapi bila dah ada kerja memang busy memanjang…dan department paling busy selalunyer department account la kan….(tau takper)!

Tapi sebenarnya aku memang suka banyak kerja…jadi bila kita gi kerja tak yah kira masa…buat kerja..buat kerja..buat kerja..tau-tau dah balik. Macam tu la baru best. Lagi satu sebab cepat kurus…asyik buat kerja jer sampai tak perasan yang perut kita ni lapar…so, dari lapar sampai dah kenyang balik makan angin pun kita masih tak sedar yang kita ni tak makan lagi. Betul Tak? Jadi tak sampai sebulan dah boleh kurus tau.

Aku ni dah lama gila tak buat sesi fotografi. Dah lama tak buat pose-pose maut ni….ni semua pasal abang aku yang meminjam camera aku tapi lupa nak pulangkan. Rindu tau kat kamera aku tu…terpaksa la ambil gambo pakai handphone jer. Sekarang ni bila nak upgrade kan kamera aku tu pun dah susah…coz dah ada buyer yang interested nak beli kamera tu tapi dia nak tengok dulu condition camera tu ok ke tak? Habis nak tengok macamana kalau camera nyer takder kat Johor. Hai! susah-susah…….minta-minta la buyer tu boleh bersabo…aku pun sebenarnya dah tak sabo nak beli camera baru ni…(heheheee)

Erti Sebuah Perkahwinan

•August 10, 2007 • Leave a Comment

Kadang-kadang tu..aku tak faham dengan masalah rumahtangga orang dan cara mereka menyelesaikannya.  Aku cuma ingin menyuarakan pendapat aku dan apa yang aku rasa……

Bila kita memasuki alam perkahwinan…apa yang semua orang impikan adalah kebahgiaan sepanjang hayat..tapi dunia hari ini..aku cuma nampak orang mengimpikannya sahaja tapi tidak pernah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Ramai orang selalu mengeluh tentang pasangan mereka masing-masing tidak kira lelaki atau perempuan.  Mengeluh tentang kekurangan orang lain…tapi diri sendiri…adakah kita sudah cukup sempurna.  Pasti anda akan menjawab tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni.  Jadi…kenapa kita tak boleh terima kekurangan yang ada pada pasangan kita.  Kenapa kita perlu mengeluh sedangkan kita boleh memperbaikinya dengan sedikit usaha.

Ramai wanita yang mengeluh apabila suami mereka mula mencari yang lain…dan bila perkara itu terjadi, semua kabaikan suami selama bertahun-tahun bersama lenyap serta-merta…yang ada hanya keburukan dan kekurangan.  Pernah tak kita tanya pada diri kita sendiri tentang keburukan dan kekurangan kita sampaikan suami kita terfikir untuk cari yang lain…jawapan yang biasa kita dengar…”saya dah buat yang terbaik”…”saya dah buat yang termampu”.  Pernah ke kita berusaha habis-habisan untuk buat yang lebih baik dari yang terbaik.

Bagi aku..untuk mencapai sebuah kebahgiaan yang kekal abadi itu adalah perkara yang amat susah…yang memerlukan banyak usaha dan pengorbanan.  Kebahgiaan yang mudah didapati adalah kebahgiaan sementara yang tak perlukan apa-apa…ia datang dan pergi sesuka hati.

Jadi tepuk dada tanya selera.  Cukup ke usaha kita?…cukup ke perngorbanan kita? Kalau kita rasa dah cukup tapi kita masih tidak dapat kebahgiaan itu…besar kemungkinan tanggapan kita salah.  Kalau berlaku perkara yang buruk dalam kehidupan kita termasuk dalam rumahtangga kita…jangan cari kesilapan itu daripada orang lain atau dari takdir…tapi muhasabah la diri kita..renung dalam-dalam..fikir masak-masak..kenapa perkara itu terjadi pada kita bukan pada orang lain.

Kalau kita rasa susah..ada orang lain yang lebih susah.  Kalau kita rasa menderita..ada orang lain yang lebih menderita.  Bersyukurlah kita atas apa yang ada.  Kalau kita ada masalah…mintalah pertolongan daripada Allah S.W.T.  Kawan tak dapat membantu..rokok tak dapat membantu..arak tak dapat membantu..dadah tak dapat membantu..memberontak pun tak akan membantu.  Hanya Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Untuk hidup..kita kena sentiasa bersyukur..muhasabah diri.  Apa sahaja peristiwa yang berlaku pada kita..datang dari kita.  Samada kita terlalu baik sehingga Allah meguji kita atau sebaliknya.

Jadi bila kita menyayangi seseorang..sayangilah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah..kalau kita bersabar..sabarlah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah.  Semuanya perlukan keikhlasan..ikhlas semata-mata kerana Allah.

Dan akhirnya kita akan dapat rasakan erti sebuah perkahwinan yang sebenar………..

Yeahhh!!! Dah Dapat Kerja!

•August 10, 2007 • Comments Off

Hari ni aku rasa gembira yang teramat sangat….sebabnya adalahhhh…aku dah dapat kerja. Alhamdulillah. Akhirnya…penantian selama sembilan bulan barhasil juga. Fuyooo…9 bulan tuuuu..lagi tiga bulan dah setahun.

Sejak interview 2 minggu lepas…aku dah berangan-berangan dah..dapat kerja tu sebab tempat dia memang tak jauh dari rumah lepas tu walaupun kerja tu dalam kilang tapi environment dia bersih dan memuaskan.

Jadi aku dapat call pagi tadi..dan aku akan start kerja minggu depan hari Rabu…11-04-2007. Ya Allah…best nye tak terkata. Job yang aku dapat sebagai Account Asisstant…walaupun dia offer contract dulu selama 6 bulan..kalau perfomance aku bagus baru aku diterima kerja sepenuhnya. Tak kisahlah…bila dah kerja nanti aku akan buat yang terbaik dan doa banyak-banyak semoga lepas 6 bulan… aku akan di comfirmkan. Yang best lagi tentang kerja ni adalah hari bekerja cuma 5 hari seminggu. Best tak???? Dah lama aku berangan dapat kerja 5 hari seminggu…akhirnya dapat juga. Alhamdulillah…nasib baik aku banyak bersabar kan????

Masa aku taip post ni..kalau korang nak tau aku senyum sepanjang menaip…lebar sampai ke telinga tau…huhuhuhhuhuhuuu

Oklah…korang semua doakan aku semoga dapat this job permanently ok. Sesiapa yang doakan aku sebelum ni sampai la aku dapat kerja..thank you very much. Cuma Allah yang dapat balas jasa korang k.

Yeah..yeah..aku dapat kerja. Yeah..yeah..aku dapat kerja. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah

My 3rd Interview

•August 10, 2007 • Leave a Comment

Last thursday….I went for my 3rd interview since I resigned last year. Harap-harap kali ni dapat la sebagai Account Assistant. Cuba bayangkan….selama 7 bulan menjadi penganggur terhormat…cuma dapat panggilan interview sebanyak tiga kali jer.

Untuk pengetahuan semua…I’ve been searching for jobs that related to accounting field. Is was so hard to get but still never give up! Memang la aku takder pengalaman related to this field tapi tak leh ke terima aku as fresh graduate. Susah giler sey nak dapat kerja ni. Kalau jadi kerani pun aku tak kisah…tapi kerani pun susah nak dapat. frust gak tau!!!!

Tapi takpe la…akan ku cuba sampai dapat. Who ever read this post please pray for me…so I can get selected for this job. Hopefully I will be working soon…not unemployed for the rest of this year. huhuhuhuhuhuhuhu…..  :(

Ayam Masak Merah

•August 10, 2007 • Leave a Comment

Selalunyer sesuatu yang kita buat untuk pertama kali tidak akan menjadi. Samalah jugak macam memasak…anyway walaupun dah banyak lauk yang aku dah pro lah jugak bila masak ada gak lauk yang famous tapi aku tak pernah masak….contoh utama ayam masak merah(AMM).

And so, hari ni aku first time masak AMM…so, bila tanya my mum ingredients nyer dia jawab “macam biasa pakai bawang merah, bawang putih n lada kering macam nak masak sambal tumis cuma kena tambah halia dan tomato…tak kiralah buah tomato atau tomato puri.

Then macam biasa…aku pun masak ikut sukatan sendiri tapi bila masukkan tomato puri…sepatutnyer aku masukkan sikit-sikit tapi aku gi masukkan semua tomato puri tin kecil…jadinyer masam giler la. Fuhh…frust sey!!! aku adjust dengan letak gula..agknyer lepas 5-6 sudu gula aku masukkan barulah hilang rasa masam tapi masih tak sesedap AMM yang aku pernah makan di mana-mana majlis kahwin. Tak suka tau bila masak sesuatu tapi tak jadi…huhuhhuuhuuhuhuhuh

Tapi terpaksa la terima…bulan depan comfirm aku nak masak lagi AMM sampai jadi. So, tunggulah bulan depan jawapan nyer jadi atau tak jadi. Bolehlah korang vote kat comments section…hahahahahaha….vote tau jadi ke tak jadi..hehehe….

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.